Selamat Datang Ke Angsana Homestay Merlimau, Melaka.
Rumah 1
"Selamat Datang Ke Angsana Homesay Merlimau, Melaka"
Angsana Homestay Merlimau telah ditubuhkan beberapa tahun yang lalu bagi menyahut seruan kerajaan yang inginkan ramai penduduk negeri Melaka mengusahakan homestay bagi menampung pengunjung-pengunjung yang meningkat ramai dari tahun ke setahun.
Lokasi kami di bandar Merlimau merupakan lokasi strategik untuk ke bandar Melaka dan juga pintu utama masuk ke bandar Muar, Johor. Melaka memang sudah terkenal dengan peninggalan sejarah kesultanan dan pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pengunjung dalam dan luar negeri. Terdapat banyak tempat-tempat bersejarah dan juga tempat-tempat rekreasi disini.
Dan kami yakin anda akan berasa kelainan bila berada di bumi bertuah
ini, dan pasti anda akan mencintai negeri Melaka bila anda berada
disini.
Untuk itu kami sediakan 2 buah rumah untuk para pengunjung yang inginkan
kedamaian dan berasa suasana kampung Melaka. Lokasi kami juga terletak
berhampiran dengan:-
Setelah mengepos dua artikel tentang Kolej Komuniti Merlimau dan Rumah Penghulu Merlimau, saya akan menulis berhubung dengan Makam Tun Teja.Terletak tidak jauh dari Rumah Penghulu Merlimau, Makam Tun Teja hanya 5 minit memandu dari pekan Merlimau.
Siapakah
Tun Teja ? Sejauh yang saya tahu terdapat dua versi catatan berkenaan
Tun Teja. Catatan tersebut ialah "Hikayat Hang Tuah" dan "Sejarah
Melayu". Tun Teja merupakan anak perempuan Bendahara, Sri Amar Diraja
dari Pahang pada abad ke-15. Pada awalnya, Tun Teja ditunang kepada
Sultan Pahang tetapi akhirnya bernikah dengan Sultan Melaka, Sultan
Mahmud Syah.
Semasa berundur bersama Sultan Mahmud
Syah dari serangan Portugis pada tahun 1511, Tun Teja meninggal dunia di
Merlimau dalam perjalanan ke Bentayan, Muar. Tun Teja telah dimakamkan
di bendang di Merlimau Pantai.
2) Perigi Portugis
Perigi Portugis terletak berhampiran Makam Tun Teja di Kampung Pengkalan Samak. Lokasi Perigi Portugis hanya 5 minit memandu dari pekan Merlimau.
Perigi
ini digali oleh tentera Portugis ketika pemerintahan Portugis di Melaka
selama 130 tahun. Sultan Mahmud Syah melarikan diri ke Johor selepas
kejatuhan Dinasti Melaka. Baginda sering menyerang Portugis supaya
mendapatkan semula Melaka. Askar-askar telah ditempatkan di sana untuk
melindungi Merlimau dari serangan musuh.
Ini merupakan jalan yang menuju ke Perigi Portugis. Terdapat banyak pokok kelapa sawit
di sepanjang jalan. Tapak Perigi Portugis agak terpencil. Kerajan harus
memelihara dan mempromosikan Perigi Portugis sebagai destinasi
pelancongan yang terkenal.
3) Rumah Penghulu Mad Natar
Penampilan luar Rumah
Penghulu Merlimau tidak berbeza dengan rumah Melayu tradisi yang lain.
Sekiranya anda meneliti dari dekat, Rumah Penghulu Merlimau memang luar
biasa. Terutama ubin seramik yang terdapat ditangga semen di depan Rumah
Penghulu Merlimau.
Apabila
Melaka memperolehi status Warisan Dunia, Lembaga Warisan Budaya Malaysia
serta merta meluluskan peruntukan bertujuan membaik pulih Rumah
Penghulu Merlimau yang telah usang.
Tidak
dapat dinafikan bahawa Rumah Penghulu Merlimau ialah bangunan yang
paling sesuai untuk menyelidik bangunan Melayu tradisi. Diharap pihak
berkuasa dan keturuan Abdul Ghani dapat melindungi Rumah Penghulu Merlimau yang berstatus warisan budaya dunia.
4) Politeknik Merlimau, Melaka
Politeknik Merlimau terletak
di Jalan Jasin, Merlimau. Jarak Politeknik Merlimau hanya 2 km dari
Pekan Merlimau. Politeknik ini merupakan politeknik ke 14 yang
ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Politeknik
Merlimau menawarkan pelbagai program sijil dan diploma. Program-program
itu termasuk Hospitaliti, Perdagangan, Pengajian Am, Kejuteraan Awam,
Kejuteraan Elektrik dan Kejuteraan Mekanikal.
Politeknik Merlimau telah menjadi salah satu tempat pertandingan Sukan Malaysiake 13 yang berlangsung pada bulan Jun. Acara ragbi, gimrama dan gimnastik diadakan di Politeknik Merlimau.
5) Kolej Komuniti Merlimau
Kolej
Komuniti Merlimau, Melaka terletak hanya beberapa minit jarak berjalan
ke pekan Merlimau. Kolej ini menawarkan pelbagai pengajian untuk pelajar dan ditadbir oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Gambar ini diambil di kantin
Kolej Komuniti Merlimau. Gadis yang dalam gambar ialah seorang pelajar
Kolej Komuniti Merlimau. Pelajar ini bernama Nurazwin Bt Mohd Razuki.
Sebelum bertemu bual dengan Nurazwin, saya ingat dia bos kantin. Menurut
Nurazwin, dia seorang pelajar Program Akuantan Dan Pengurusan
Perniagaan Kolej Komuniti Merlimau yang sedang menjalankan praktikal di
kantin.
Di samping
menyediakan kursus untuk pelajar, Kolej Komuniti Merlimau juga
membekalkan program kepada orang dewasa yang bekerja dan besara. Yuran
yang di tetapkan ialah RM5 hingga RM20. Sijil penyertaan akan diberi
kepada peserta yang tamat latihan. Sila hubung 06-2631616 untuk maklumat
selanjutnya.
6) Medan Ikan Bakar Terapung, Umbai
Kalau datang negeri Melaka anda mesti singgah di medan ikan bakar ini,
sangat popular dikalangan tetamu2/ pelancong dari dalam dan luar negeri.
Terdapat pelbagai pilihan ikan dan masakan yang enak di sini.
Terdapat pelbagai pilihan ikan dan masakan yang enak di sini.
133 photos | 18,637 views | Add a comment?
items are from 26 Jun 2011.
Bagi sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi kami. InsyaAllah anda akan gembira dan selesa di Angsana Homestay Merlimau.
Alamat : JB 199, Jalan Pahlawan, 77300, Merlimau, Melaka.
Tel: 013-6044499 (Puan Zabidah)
Harga Rumah 1 : RM350 (weekdays), RM450 (weekend)
Kemudahan : 3 bilik tidur, 4 bilik air (sila rujuk keterangan dan gambar rumah 1)
Maksimum 8 orang. Tambahan pengunjung akan dikenakan caj RM20 seorang
Check-in : 2.00 petang
Check-out : 12.00 tengahari
Harga Rumah 2 : RM80 (weekdays), RM100 (weekend)
(sila rujuk keterangan dan gambar rumah 2)





















